zukri @ keADILan
    <description>zukri @ keADILan</description>
Sayonara!!!
      <description>Mula Ditulis: 6 Julai 2007 
Hari ini sepatutnya saya ke Machang, Kelantan, menghadiri kursus Pilihanraya Angkatan Muda, mesej-mesej peringatan juga telah saya terima semalam dari Saudara Shamsul Hidayat, Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Saudara Saravanan, Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang senegeri dengan saya. Saya diminta oleh Saudara Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia untuk memimpin Pahang sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri, saya juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa Manifesto Angkatan Muda Keadilan... (more)</description>
Integriti Kuih Yang Tiada Inti
      <description>Pak Lah nampaknya pandai bermain dengan sentimen "kemuliaan." Pada ketika rakyat terutamanya yang beragama Islam dan Hindu masih hangat merayakan Eidul Fitri dan Deepavali, Pak Lah tiba-tiba mengumumkan 5 November 2005 baru-baru ini sebagai Hari Integriti Nasional, yang jatuh pada hari sambutan Eidul Fitri yang ketiga dan hari sambutan Deepavali yang kelima. Sepatutnya dan sewajarnya saya memberi sokongan penuh dan tidak berbelah-bahagi terhadap usaha ini, apalagi sempena hari baik bulan baik, semoga dilimpahi keberkatan dari Yang Maha Esa. Namun apakah ia begitu?
Sehari selepas... (more)</description>
Lebaran Dalam Perjuangan...
Perjuangan kita masih panjang, pun begitu Lebaran tetap juga datang saban tahun, untuk kita raikan, pastilah dengan kegembiraan. Namun dalam kegembiraan ini, harapnya kita insaf bahawa setiap hari kemenangan yang mahu kita dakap dan sambut pasti didahului dengan rantaian dugaan dan cubaan yang mungkin panjang.
Salam Lebaran. Maaf Zahir dan Batin.
Zukri Aksah
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Malaysian Community for Progressive Leadership</description>
Wawancara Hari Kebangaan bersama Zukri Aksah - KeadilanRakyat.Org
Oleh Jeffrey Lim
Sempena Hari Kebangsaan, saya sebagai seorang penyokong muda telah sempat mewawancara beberapa orang pemimpin parti dan blogger mengenai sedikit sebanyak pandangan mereka tentang kemerdekaan negara kita. Pada hari ini, jawapan daripada Sdr Mohd Zukri Aksah, Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia serta Ketua Angkatan Muda Bahagian Indera Mahkota akan disiarkan.
Jeffrey: British telahpun dihalau dari negara kita 48 tahun dahulu, tetapi banyak dasar serta taktik zalim... (more)</description>
Umno Adalah Imperialis Yang Semakin Menjajah Kampus
      <description>Bukanlah kejutan bagi saya kisah pemecatan dua orang pensyarah UUM, Dr Azly Abdul Rahman dan Dr Mutiara Mohamad kerana keengganan mereka untuk menandatangani surat Akujanji Universiti. Akujanji bagi saya adalah kata dua penjajah (penjarah?) – Umno, kepada komuniti yang dijajahnya – dalam konteks ini adalah komuniti kampus, TERIMA ATAU PERANG! Menerima doktrin Umno di kampus atau bersedia untuk diperangi, kedua-dua pensyarah ini telah dengan berani mengambil pilihan kedua, dan natijahnya mereka dibuang!
Ini bukanlah kes terpencil atau berlaku atas sifat domestik UUM itu sahaja. Umno... (more)</description>
Akademi Pengajian Tinggi Nasional & Tabung Amanah Pelajar Miskin: Umno Ingat Negara Ini Mak Bapak Dia Yang Punya
      <description>Dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno yang baru selesai dua hari lepas, Mohd Kamal Saidin, perwakilan dari Kedah mencadangkan supaya ditubuhkan Akademi Pengajian Tinggi Nasional, yang antara lain tujuannya adalah meng”umno”kan pemikiran para ahli akademik dan pegawai di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, Kelak ahli akademik dan pegawai ini akan dapat pula mencorakkan pemikiran mahasiswa supaya juga di”umno”kan seperti mereka, rasionalnya kerana kakitangan kerajaan ada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan para guru mempunyai Institut Aminuddin Baki. Ditambah lagi dengan... (more)</description>
Perang Rasuah Umno: Ibarat Kepit Peha Tak Tahan Nak Berak...
      <description>Isa Samad telah digantung enam tahun keahlian dan jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional, serta dinasihat melepaskan jawatan Menterinya, setelah didapati bersalah terbabit dalam politik wang dalam pemilihan Umno yang lepas. Di Pahang, Dato' Shahiruddin Ab Moin, yang khabarnya dulu melutut depan Tuanku Sultan kerana kemaruk mahu bertanding pilihanraya umum, juga didapati bersalah atas kesalahan yang sama dan digantung keahlian serta jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional selama dua tahun. Saya tidak tahu apakah beliau juga diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Pahang,... (more)</description>
      <description>Laman Baru:
Malaysian Community for Progressive Leadership (MCPL)
http://malaysianprogressive.21publish.com
sila update link anda
email webmaster: malaysian_progressive@yahoo.com</description>
Keperluan Revolusi Dalam Menegakkan Kerajaan Reformasi
      <description>Dalam komennya terhadap sikap malu-malu kerajaan negara-negara Asean dalam menangani isu pemerintahan junta tentera Myanmar dan pemimpin pro-demokrasi Aung San Suu Kyi, Saudara Anwar Ibrahim merakamkan kata-kata ini,
"Perubahan radikal mesti dilakukan untuk melakukan lonjakan demokrasi di Burma, dan campurtangan membina adalah langkah pertama ke arah ini."
Kata kunci di sini adalah "Perubahan Radikal" dan ini sebenarnya yang menarik saya untuk kembali menulis setelah sekian lama berehat. "Perubahan" tentulah seperti yang kita semua maklum adalah "Reformasi" dalam kata lainnya,... (more)</description>
KITA KEMARUK UNIVERSITI
      <description>Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Umno pula bercadang menubuhkan sebuah universiti baru, setelah kelulusan penubuhan Universiti Darul Iman diperolehi dan juga wujudnya resolusi yang sama di Kelantan. Sebelum ini kita sudah melihat penubuhan UTAR, sebuah universiti milik MCA, dalam pada itu, MIC juga sedang membuat perancangan yang sama.
Asasnya, saya menyukai perkembangan fizikal pendidikan yang pesat sebegini, sekurang-kurangnya ia melambangkan komitmen dan kesungguhan pihak-pihak yang terlibat dalam memaju dan mempertinggikan martabat pendidikan negara. Tetapi atas faktor... (more)</description>