Monday, July 09, 2007


XGEN Technologies - Banner Exchange

Sayonara!!!

Mula Ditulis: 6 Julai 2007 

Hari ini sepatutnya saya ke Machang, Kelantan, menghadiri kursus Pilihanraya Angkatan Muda, mesej-mesej peringatan juga telah saya terima semalam dari Saudara Shamsul Hidayat, Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Saudara Saravanan, Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang senegeri dengan saya. Saya diminta oleh Saudara Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia untuk memimpin Pahang sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri, saya juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa Manifesto Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Lama saya berfikir, ramai orang yang saya minta pandangan, akhirnya saya membuat keputusan, antara keputusan paling berat dalam hidup saya yang saya terpaksa lafazkan, inilah... Saya, Mohd Zukri Aksah, nombor ahli 20251 dengan ini secara rasmi mengisytiharkan bahawa bermula pada hari ini, 6 Julai 2007, saya bukan lagi ahli parti. Sedih saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada teman-teman dalam Angkatan Muda, terutama pimpinan-pimpinan bawahan yang saya masih ingat bersih dan mulus wajah perjuangan mereka setiap kali bertemu lewat kongres.

Kepada mereka ini, saya mohon berbanyak maaf, saya tidak meninggalkan perjuangan, tidak sekali-kali! Saya cuma meninggalkan parti, parti yang dulunya sangat saya percaya boleh mengungguli sebuah perjuangan, tetapi hari ini telah sarat dengan permainan politik yang tiada kesudahan. Besar tulisan di muka depan Suara Keadilan kononnya "Anwar Mampu Satukan Pembangkang," tetapi sedih perselisihan Ezam - Azmin diambil mudah oleh Anwar, tidak pernah menawarkan satu jalan penyelesaian yang ampuh dan munasabah.

Dalam salah satu mesejnya kepada seorang teman, Azmin mengaku yang dia juga ada kelemahan dan kekurangan. Lalu salahkah Ezam sebagai sahabat seperjuangan menegurnya, sehinggakan hampir seluruh jentera parti dikerah bangkit untuk membelasah Ezam? Khianatkah Ezam (seperti didakwa Azmin) bila dalam keadaan begini beliau mengambil ketetapan untuk tidak bersama Parti Keadilan lagi bagi mengharung perjuangan? Hari ini ahli-ahli parti di bawah sana resah dan keliru, mengapa Ezam bertindak begitu, mengisytiharkan diri bukan lagi ahli parti.

Parti ini sudah rosak akidah perjuangannya, keutamaannya adalah kedudukan pemimpin besar tertentu dan permainan politik berkaitan dengan bagaimana mempertahankan kedudukan itu, serta bagaimana menghalang orang lain untuk mencapai makam yang sama. Agenda rakyat sudah terkebelakang, isu rasuah tinggal sebagai rencah ceramah, bukan lagi berupa gerakan penentangan, reformasi tercicir di dalam peraturan tetap Angkatan Muda sekadar hiasan slogan, itupun peninggalan zaman edan Ezam. Maka tidak khianatlah saya meninggalkan parti pada hari ini. Lebih dari itu, kerana tidak mahu khianatlah saya mengambil keputusan ini, tidak mahu khianat pada rakyat, tidak mahu khianat pada perjuangan.

Anwar tetap terus membisu, hanya memberi komen-komen umum dalam usaha menyelamatkan diri. Sekali lagi isu perbalahan dua manusia dinobatkan sebagai isu parti oleh biro politik di semua peringkat. Hanya kerana pergeseran ini, Parti Keadilan mengambil tindakan yang lebih drastik, bila mengarahkan supaya dibekukan semua bentuk kerjasama antara parti dengan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam.

Memang komen Ezam agak tajam dan pedas tetapi ia hanya menjurus kepada personaliti tertentu, secara khusus, bukan penggerak parti secara keseluruhannya, mengapa sampai begitu reaksinya (maka saya tidak hairan bila ada dakwaan Ezam membalas dengan memberi syarat tidak mahu ada sebarang bendera Parti Keadilan dalam program yang dihadirinya). Saya pelik mengapa Anwar terus-terusan membiarkan sahaja ini semua berlaku, apakah ini satu tindakan damage control oleh parti? "Kemusnahan" apa atau "kemusnahan" siapa yang mahu dikawal? Mursyidul Am PAS pernah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju Dr. Syed Husin Ali bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu dengan alasan Dr. Syed Husin adalah sosialis, adik kepada komunis! Apakah kenyataan ini tidak tajam dan pedas? Apakah ia tidak mencalar kredibiliti parti? Ketika itu, Timbalan Presiden Parti sedang dihina oleh orang yang kita anggap sahabat seperjuangan. Apakah parti ketika itu ada mengambil tindakan mengeluarkan arahan membekukan semua bentuk kerjasama dengan PAS atau sekurang-kurangnya dengan Mursyidul Am itu sendiri? Tiadakan! Inilah takrif keadilan yang sedang digunapakai oleh parti. Atau mungkin bagi Anwar, Dr. Syed Husin itu tiada kelebihan walau satu senpun, hentamlah setinggi gunung pun, tidakkan luak walau sedikit, berbeza dengan Azmin...

Sebelum saya terlupa, saya juga ingin meminta maaf kepada sahabat-sahabat saya di dalam kepimpinan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Saudara Shamsul Iskandar, Saudara Faris Musa, Saudara Zaki Yamani dan Saudara Jonah, saya tidak dapat menerima tawaran jawatan-jawatan yang saya sebutkan di permulaan tulisan ini tadi. Izinkanlah saya mengundur diri, membuat pilihan sendiri mencari landasan baru bagi meneruskan perjuangan merobah Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.

Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya bertukar menjadi Parti Keadilan Rakyat bermula sebagai wadah yang menggendong hasrat rakyat menentang kezaliman, kepura-puraan, korupsi dan salahguna kuasa, parti yang lahir dari desakan gerombolan rakyat yang sedar, untuk rakyat, dari sehari ke sehari semakin berubah menjadi institusi politik penuh kasta. Di atas sana ada sekelompok kecil elit politik yang cuba menguasai segala-galanya, apakah mereka faham perjuangan? Apakah mereka sedang berjuang... untuk rakyat?

Aduh Anwar Ibrahim, terlalu banyak persoalannya. Sekurang-kurangnya di kalangan bekas penyokong-penyokong Parti Melayu Semangat 46, sama ada yang di dalam Umno, di dalam PAS, di dalam Parti Keadilan, mahupun yang sudah bersara politik, belum ada di kalangan mereka yang saya dengar memcabar secara keras dan pedas kredibiliti Ku Li yang pernah memimpinnya, itu kisah parti yang sudah habis hayatnya. Ini Parti Keadilan, yang masih bernyawa hingga hari ini, dan Anwar adalah grandmasternya, apa sudah jadi bila Anwar sendiri dikritik secara terbuka oleh bekas anak didiknya, oleh seorang anak muda yang sangat mengkaguminya, oleh bekas Setiausaha Politiknya. Orang tidak boleh memaksa saya percaya bahawa insiden ini didalangi broker-broker Umno, orang tidak boleh memaksa saya percaya bahawa insiden ini adalah petanda pilihanraya, orang tidak boleh memaksa saya percaya bahawa insiden ini tanda Ezam seorang yang mabuk kuasa, kerana kita semua sebenarnya maklum bahawa kekeruhan ini bukanlah sesuatu yang baru. Di tahap klimaksnya, sekelompok elit politik di atas sana seperti bertepuk tangan bila Ezam keluar parti, sambil menuduh Ezam macam-macam. Di waktu yang sama Saudara Mahfuz Omar, bekas Ketua Pemuda PAS (kini Ketua Penerangan) melahirkan rasa yakinnya akan keikhlasan Ezam dari dulu sehingga sekarang dalam menggeluti dunia perjuangan yang maha payah ini.

Saya tidak pernah mengajar diri saya untuk memuja manusia, saya bukan Anwarist, juga bukan Ezamist. Tetapi saya ada sedikit pengalaman peribadi, ketika saya yang tiada apa-apa, miskin, tiada harta dan wang-ringgit dipilih untuk menjadi calon DUN Semambu dalam Pilihanraya Umum 2004, satu-satunya pemimpin parti yang menghubungi saya dan bertanya khabar, menghulurkan sumbangan sebanyak RM2000 hanyalah beliau seorang sahaja, Ezam Mohd Nor. Percaya atau tidak dengan wang itulah saya berkempen dan saya berjaya mendapat peratus undi tertinggi di antara tujuh calon Parti Keadilan yang bertanding kerusi dewan undangan negeri di Pahang ketika itu.

Anak muda bisa melakukan apa sahaja, walau dalam keadaan yang dikira paling mustahil, terutama untuk sebuah perjuangan! Benarlah kata Pram (Pramoedya Ananta Toer) yang pernah saya ungkapkan, "... Sebab sejarah membuktikan, bahwa hamper semua babakan perubahan sejarah yang terjadi di negeri ini diinisiatifi oleh angkatan muda -- walaupun di kemudian hari kita ketahui sejarah itu (selalu) dibajak dan dikemplang oleh pihak-pihak di luar mereka."

Frasa terakhir itulah yang saya yakin menimpa Ezam di dalam parti, fikirkanlah siapa yang sedang membajak dan mengkemplang hasil dari populariti jenama "keADILan" yang dulunya dibina dengan susah-payah, dibina dengan air-mata, keringat, lebam, calar dan darah anak muda yang dipimpin oleh Saudara Ezam Mohd Nor.

Buat Saudara Anwar Ibrahim, saya bukan bertaraf profesor pelawat di Oxford, tetapi saya harap saya boleh berpesan sesuatu kepada saudara, reformasi bangkit pada 1998 kerana bangkitnya anak muda, banjir bumi bertuah ini dengan pekikan dan laungan mereka menuntut perubahan, ia tidak bangkit dek Azmin, ia tidak bangkit dek elit-elit politik di sekitar saudara. Hari ini saudara mengambil keputusan untuk memenangkan Azmin, memenangkan elit-elit politik di sekitar saudara, dan menyalahkan Ezam serta meminggirkannya, sekaligus ia bermaksud saudara sedang menyalahkan anak muda, saudara sedang meminggirkan anak muda, saudara sendiri sedang meruntuhkan tiang-tiang kebal yang selama ini gagah menyangga parti, saudara sendiri! Bukan FRU, bukan ISA, bukan Pak Lah, bukan juga Mahathir!

Sekali lagi, izinkan saya mengundur diri. Sayonara!!!

Siap Ditulis: 9 Julai 2007

p.s. (1) Saya tahu selepas tulisan ini keluar blog saya di capaian http://zukri.keadilanrakyat.org mungkin akan disekat kerana ia menggunakan domain parti, untuk ini saya turut memuatkan tulisan saya ini di blog lama saya di http://zukri-keadilan.blogdrive.com

p.s (2) Pengisytiharan saya ini juga membawa maksud saya meletakkan jawatan saya sebagai Ketua Angkatan Muda Bahagian Indera Mahkota, saya tidak wajib untuk menghantar surat kepada bahagian kerana ia masih berstatus penaja, maka memadai dengan keluarnya tulisan ini


Dipos pada jam 02:32 pm oleh zukri-keadilan

Term Papers
December 7, 2009   05:00 PM PST
 
It’s glad to see good information being convey. Its a very nice article, and i really like analysis. Thanks for the info.
Term Paper
December 1, 2009   04:28 PM PST
 
I totally agree with the above comment overall nice entry..!
ruyom
August 6, 2009   07:04 PM PDT
 




Some real news update:

Foreign investment has also seen a big dip this year, with foreign direct investment for the first five months stood at RM4.2 billion compared to RM46 billion in 2008.

Yet here are the responses:

(1) BN vows to keep the ISA but not our constitutional rights to compulsory fair trial and individual freedom to assembly and speak out

(2) DPM supports Utusan articles on race stirring and uprising

(3) Flip flop on education policy

(4) IGP Musa uncertain about future, but Malaysians are feeling safe in Malaysia?

(5) 21st century global challenges but 19th century government = a laughing stock, brain drain, backwardnessˇ­ˇ­ˇ­.



fire detection
June 2, 2009   03:19 PM PDT
 
AKU PUN BERSIMPATI
malaysia seo
March 31, 2009   06:43 PM PDT
 
aku pun sedih
ruyom
June 23, 2008   04:25 PM PDT
 



New Cabinet:



Prime Minister - Anwar

Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

Agriculture Minister -

Community Minister -

Culture Minister - Farish Noor

Defence Minister - Azmin Ali

Education Minister - Nga Kor Ming

Environment Minister - Teresa Kok

Finance Minister - Tony Pua

Foreign Minister - Ramasamy

Health Minister - Tan Seng Giaw

Home Minister -

Information Minister - Jeff Ooi

Law Minister - Teng Chang Khim

Manpower Minister -

Sports Minister -

Technology Minister -

Trade Minister - Khalid

Transport Minister - Liew Chin Tong

Tourism Minister -
Raja Mongrel
March 23, 2008   10:46 AM PDT
 

Here is the latest blog created by my conscience ...

RAJA MONGREL @ http://rajamongrel.blogspot.com/
Creating An Absolute Monarchy In Malaysia Based On Royal Supremacy

Hear me confess: My Lies, My Plots, My Hypocrisy … Things that you can never find at my official site @ Malaysia-Today.net

Yours truly,
Raja Petra bin Raja Kamarudin
URL: http://rajamongrel.blogspot.com/
Tak adil
December 21, 2007   05:09 PM PST
 
Kor rang ni dah la perjuagan tak betul semuanya...Memang patut pun Mamat tu kluar..Ashik Bergaduh jer. Kembalikan lah pemerintahan Khalifah. Tak perlu korang susah-rebut kuasa.
aslanoka
August 19, 2007   03:50 PM PDT
 
aku tak kisah hampa keluar ka masuk ka,yang penting aku boleh makan lagi.Hidup dan matiku hanyalah untuk allah,yang penting lagi aku bekerja mencari yang halal walaupun sesuap nasi.Ingatlah perjuangan yang sebenar adalah perjuangan menegakkan agama allah.
planetbumi
July 19, 2007   02:28 PM PDT
 
sayonara buat zukri

Macam ni ajelah zukri, engkau keluar engkau senyap aje. Jangan nak merapu. Aku bukan tak kenal engkau, satu hapah pun tak leh buat keje. Duduk kat rumah senyap-senyap, gosok tali leher ke, gosok baju ke, tak lama lagi ezam nak datang Pahang kan?. Banyaklah songe engkao Umno nak bayar engkau Rm400,000.00. Engkau sapa?. Piraahhhh!!!
Farrel
July 13, 2007   11:26 AM PDT
 
saudara zukri,

sejujurnya saya agak kurang berminat dengan corak permainan politik saudara. saya masih meragui keikhlasan dan kejujuran saudara dalam politik walaubagaimanapun saya percaya ada keikhlasan dan nilai rasional dalam tindakan terbaru saudara ini.

kenyataan saudara saya telah masukkan dalam blog saya untuk diskusi bersama.

Saya menyarankan saudara terus berjuangan bersama Barisan Alternatif (terutamanya PAS).. Teruskan perjuangan saudara.. terima la segala teguran dan kritikan sebagai pembakar semangat untuk saudara mara dengan tindakan dan langkah yang lebih bertenaga walaupun tanpa bersama platform KEADILAN…

SALAM EVALUASI…

Soladariti Taik Kucing
July 12, 2007   03:38 PM PDT
 
soladariti masuk umno ker? Ezam dapat projek scomi kau dapat projek apa zukri..?
TarakNama
July 11, 2007   03:12 PM PDT
 
aku heran lah ko org nie...
nak keluaq keluaq laaa..
TAPI keluaq biaq jadi JAGUH...
jangan dok palit TAIK....

Ingat MUSUH kita UTAMA ialah UMNO...
kalau dok PALIT taik macam nie...
susah laa kita org kat bawah nie nak buat keja....

Tengok Saifuddin dah jadi AHLI PAS pon kalau org tanya apa dia JAWAB...

Udah laa koo org nie jgn JILAT TAIK BALIK sudah laa....KALAU JILAT TAIK balik p sekutu dgn UMNO aku kira hangpa semua laa pengkhianat bagsat lebih dari UMNO....

Nak belah belah....janji buat keja lawan UMNO....

hehe
July 11, 2007   01:12 PM PDT
 
baguih la kau keluar parti ... aku serabuk tgk kau dalam angkatan muda keadilan ... nak complain je kerjaan ... kerja malas nak buat .. dahlah bahagian kau tuh penaja sahaja
salah seorg bekas ketua amk
July 11, 2007   10:54 AM PDT
 
sdr zukri,

soal nak letak jawatan serta keluar parti tu itu hak sdr, tapi apa rasionalnya keluar parti tetapi memburuk kan kepimpinan parti serta beritahu mcm2 tentang parti yang disertai dahulu?
mungkin sdr nak glemer je ni...

selamat berambus!
Azlina Adnan Bendahari Gopeng
July 10, 2007   11:29 PM PDT
 
Saudara Zukri,

Saya membaca surat perletakan jawatan Saudara dengan penuh minat. Fahamlah saya akan alasan-alasan Saudara meninggalkan Parti.

Saya tidak mempertikaikan hak Saudara untuk keluar Parti. Juga bukan ingin mempersoalkan kesahihan alasan yang telah diberikan.

Yang saya kesalkan ialah cara Saudara meninggalkan Parti. Seperti kata Hishamuddin Rais dalam tulisan beliau - " pergi dengan meninggalkan berak masam "

Apa perlunya Saudara menyiarkan surat perletakan jawatan Saudara dalam Malaysia Today, dengan menyebut tentang ketidak puasan hati Saudara yang bunyinya seperti mencerca kepimpinan Parti dan sekaligus mencerca Parti juga ?

Lupakah Saudara akan pepatah Melayu, - cubit peha kiri, peha kanan pun terasa sakitnya - ?

Dan itulah yang terjadi. Tidak terfikirkah Saudara dan yang seangkatan dengan Saudara akan perihal ahli-ahli biasa seperti saya dan rakan-rakan dalam Bahagian saya yang sedang cuba melakukan sesuatu yang luar biasa.

Kami berusaha tanpa bayaran dengan mengambil masa santai dan masa bersama keluarga semata-mata untuk memenangkan calon / calon-calon PKR pada PRU akan datang.

Mudahnya Saudara dan yang seangkatan dengan Saudara merosakkan usaha kami dengan beberapa patah perkataan.

Maaf, mudah dilafaz tetapi sukar diberikan. Jika diberikan pun, sukar dilupa, yang terlajak kata dan perbuatan mencerca.
Anti pengkianat!
July 10, 2007   09:37 AM PDT
 
pemimpin yang khianat daripada parti boleh BERAMBUS! elok lah ko zukri....alangkah baik ko ikut si hanafiah man, zahid mat arif, lokman adam serta roslan awal2 lagi sebelum pru 11 dulu? kalau keluar dulu sure dah MB pahanag lantik ko jadi SU akhbar dia kat kuantan...tgk hanafiah mana jadi SU akhbar dato si pendek tu kat kem.pembangunan luar bandar...aziz samsudiin....PENGKHIANAT PARTI BOLEH BERAMBUS!!
Bob Kee
July 9, 2007   06:03 PM PDT
 
Sdr Zukri,

Ini memang satu berita yang agak menyedihkan bagi saya. Perjuangan ini bukannya hakmilik sesiapa individu tetapi laungan hati naluri setiap individu yang berjiwa rakyat.

Dengan ikhlas saya berharap supaya perjuangan ini jangan dilupakan, walaupun diperjuangkan luar wadah parti politik.

Sdr telah menyatakan bahawa :

"Saya tahu selepas tulisan ini keluar blog saya di capaian http://zukri.keadilanrakyat.org mungkin akan disekat kerana ia menggunakan domain parti, untuk ini saya turut memuatkan tulisan saya ini di blog lama saya di http://zukri-keadilan.blogdrive.com"

Ini mungkin dakwaan yang agak kurang adil dan tepat. Pihak Biro Penerangan telahpun membuat satu keputusan beberapa bulan yang lepas untuk memindahkan blog-blog yang dimuatkan di atas domain keadilanrakyat.org. E-mel pemberitahuan juga telah dihantar kepada semua yang memiliki blog berkenaan. Malahan Sdr Tian Chua juga telah memindahkan blognya ke domain tianchua.net.

Kesemua blog-blog berkenaan akan dilupuskan daripada server keadilanrakyat.org dari 15 Julai 2007. Ini tidak bermakna ada pihak yang tertentu yang cuba gamkan pendapat saudara. :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home


zukri-keadilan
January 5th
Male
Kuantan
Best Malaysian Sites
Zukri can be contacted through his mobile phone number, 013-9513280




SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT PENDAFTARAN LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN, SECEPAT 7 HARI BEKERJA BOLEHLAH MENGHUBUNGI SDR ZUKRI MENGGUNAKAN NOMBOR DI ATAS, KOS HANYA RM800.00, TIADA LAGI BAYARAN-BAYARAN LAIN!!!



Almeda College








Vote for our site!

[ Read / Sign my guestbook ]
Get a free Guestbook

   

<< July 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

International Research Association - LIFA Exam Program

Citizens Against Corruption!

undi webblog



Check Your Google PageRank SEO

Compare Google Backlinks SEO

Penilaian Web Blog
Bagaimana anda menilai penulisan dalam web blog ini?
Punya wibawa
Sedikit wibawa
Biasa
Sedikit kurang wibawa
Kurang wibawa



video nostalgia gerakan reformasi 1998-1999 oleh www.terengganukini.net


reformsites...









G A L E R I A N W A R 9 9
































member's of

The Association of Young Journalists and Writers








Langgan bancuhkopi


Listed on Blogwise



Blog Directory & Search engine

Blog search directory




moon phases
 

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed