Pak Lah nampaknya pandai bermain dengan sentimen "kemuliaan." Pada ketika rakyat terutamanya yang beragama Islam dan Hindu masih hangat merayakan Eidul Fitri dan Deepavali, Pak Lah tiba-tiba mengumumkan 5 November 2005 baru-baru ini sebagai Hari Integriti Nasional, yang jatuh pada hari sambutan Eidul Fitri yang ketiga dan hari sambutan Deepavali yang kelima. Sepatutnya dan sewajarnya saya memberi sokongan penuh dan tidak berbelah-bahagi terhadap usaha ini, apalagi sempena hari baik bulan baik, semoga dilimpahi keberkatan dari Yang Maha Esa. Namun apakah ia begitu?
Sehari selepas pengisytiharan ini, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula membuat gesaan supaya integriti menjadi budaya rakyat Malaysia di semua peringkat masyarakat. Saya percaya bahawa budaya integriti ini, budaya menolak rasuah, bersikap telus dan terbuka, serta jujur sudah menjadi amalan majoriti rakyat Malaysia, tetapi bagaimana pula dengan majoriti pemimpin Umno? Sama ada di peringkat atasan atau bawahan? Saya yakin tentulah Tan Sri Lee Lam Thye lebih maklum akan senario ini kerana beliau juga pernah bergelumang dengan dunia politik, tambah lagi sebagai pemimpin pembangkang!
Saya berani mengatakan dan menuduh bahawa sebahagian besar pemimpin bawahan Umno, di bawah pimpinan Pak Lah sendiri, terutamanya yang pernah menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno, tiada langsung nilai integriti dan merupakan penerima rasuah yang tegar. Buktinya, Isa Samad yang didapati bersalah memberi rasuah dalam Pemilihan Umno satu ketika dulu merupakan pemenang undi terbanyak dalam pertandingan jawatan Naib Presiden Umno, maksudnya perwakilan memberi undi yang tinggi kepada pemimpin yang memberi rasuah! Apakah laungan integriti Pak Lak reflek kepada Umno?
Saya juga harus bertanya kepada Pak Lah, atas nama integriti, bagaimana Pak Lah mampu menerangkan tentang prestasi sebuah syarikat yang bernama Scomi yang tiba-tiba melonjak namanya di muka-muka dan di dada-dada media? Walhal, seingat saya, saya tidak pernah terperasan nama pelik ini dalam laporan-laporan bursa saham, sama ada kaunter aktif atau tidak aktif, sama ada kaunter untung atau rugi, dalam berita TV saban hari, sebelum Pak Lah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Atas nama integriti, saya turut ingin bertanya kepada Pak Lah, siapakah Khairy Jamaluddin itu selain statusnya sebagai anak menantu? Bagaimana boleh Khairy tiba-tiba menang tanpa bertanding kerusi Naib Ketua Pemuda Umno? Apakah benar Khairy punya sokongan padu daripada para perwakilan? Ironinya, beliau diboo ketika naik ke pentas.
Lama sebelum ini, Pak Lah telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia, dan hari ini institut tersebut sendiri mencadangkan supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakkan langsung di bawah Parlimen, untuk apa? Supaya BPR akan punya integriti. Beranikah Pak Lah menyahut seruan ini dalam mengisi laungan integriti beliau sendiri? Saya teringin melihat keberanian Pak Lah menyambung usaha Anwar membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Rasuah, yang antara lainnya bagi membolehkan orang-orang yang sudah bersara lebih sepuluh tahun dari perkhidmatan kerajaan, terus diseret ke mahkamah jika dibuktikan pernah menyalahguna kuasa dan berlaku rasuah (ini termasuklah bekas menteri-menteri kabinet dan exco-exco kerajaan negeri).
Beranikah pula Pak Lah membatalkan status SULIT dan RAHSIA RASMI KERAJAAN terhadap kertas-kertas siasatan BPR yang melibatkan kalangan pemimpin Umno sendiri, seperti kertas siasatan Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik, jika beliau benar-benar memperjuangkan integriti? Bagaimana pula jika saya cadangkan Pak Lah memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat, supaya rakyat tanpa takut dapat meneliti maklumat tentang salah laku dan rasuah pemimpin Umno serta Barisan Nasional, bukankankah ini juga sebahagian dari bukti pimpinan yang ada nilai integriti?
Bagaimana tentang kebebasan media? Kebebasan media untuk memuji atau mengkritik kerajaan, tanpa ada niat untuk membodek, juga tanpa ada rasa takut. Sebuah kerajaan yang penuh dengan nilai integriti sepatutnya tidak perlu takut dengan media yang bersifat mengkritik, tidak perlu untuk membataskan permit keluaran penerbitan, tidak perlu takut untuk menyambung permit penerbitan atau mengeluarkan permit penerbitan yang baru. Kerajaan yang penuh dengan nilai integriti sepatutnya yakin untuk berhadapan dengan mana-mana pengkritik sekalipun!
Jika Pak Lah benar-benar seorang yang punya nilai integriti yang tinggi, saya percaya yang isu AP tidak akan berlarutan begitu panjang. Pak Lah sebenarnya tidak perlu membiarkan Rafidah Aziz dan Mahathir Mohamed bergaduh sesama mereka, sebagai Perdana Menteri, Pak Lah sendiri boleh berhadapan dengan rakyat dan menjelaskannya, kerana beliau boleh mendapat semua maklumat tentang isu tersebut dengan kapasitinya itu. Atau apakah Pak Lah berharap dengan membiarkan Rafidah Aziz dan Mahathir Mohamed menyelesaikan kemelut AP ini rakyat akan melihat isu ini hanyalah isu peribadi mereka berdua. Dan jika Pak Lah campurtangan ia akan memberi kesan kepada Umno, Barisan Nasional dan kerajaan pimpinannya? Pak Lah takut dicop sebagai pemimpin berintegriti yang memimpin parti dan kerajaan yang korup?
Oh ya, atas nama integriti, saya ingin sangat meminta Pak Lah menukar istilah politik wang kepada rasuah!
Atau, apakah integriti laungan Pak Lah hanyalah kuih yang tiada inti, entahlah...
pakteh December 30, 2006 02:16 PM PST Luahkan apa yang terbuku di hati. Sememangnya apa yang dilakukan oleh manusia di dunia ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hanya ISLAM yang dapat memenuhi kehendak fitrah manusia, sebab dia datang dari Yang Maha Pencipta.
shenyeeaun October 23, 2006 09:59 PM PDT selamat hari raya
Scott March 21, 2006 06:47 PM PST It looks like www.planetnewsviews.blogspot.com didn't show up as my site. Well hopefully it did this time
Scott March 21, 2006 06:44 PM PST hello
I wish your site was in English. Okay, I enjoy getting to know people in other countries. Hope to make some friends and get input of ideas. You are welcome to visit my site. Take care, Scott
jamali sadat February 4, 2006 08:29 PM PST masalah dalam page ni, bukan BLOG, tapi masalah dengan BLOGGER-nyerrrr!!!!!!!! Sedar diri la oiiii; ko ni poyo habis la mattttttt
otak February 2, 2006 03:58 PM PST nak bangkang kena ada otak..... aku pun jumpa satu lagi kaki bangkang, agaknyaaaa lah kat:
www.sariberita.blogspot.com
dah semua orang jadik kaki bangkang kot kat malaysia nieeee
insan January 27, 2006 07:38 PM PST Bertuahke dapat pemimpin sebuah parti Melayu, tetapi gagal perjuangkan hak Melayu, kalau dgn Melayu bkn main keras lagi, tetapi kalau dgn org asing, bkn main lembut lagi.
Siap pegi minta maaf tanpa merujuk pegawai kerajaan sendiri.
Malu la punya peminpin yang lemah mcm ni.
Banyak isu UMNO perlu jawab ngan org Melayu..
zurie December 8, 2005 12:43 PM PST + Gathering Gengjurnal datang lagi, kali ini dengan perisa cencaluk tempoyak. Ia adalah sambutan hari besar kaum blogger ahli Gengjurnal. Gath umpama imej kita, kalau bagus akan dipuji, kalau tak bagus akan dikutuk sepanjang hayat. Bersama-samalah kita menjayakannya, ringan sama di jinjing dan berat sama dipikul. Marilah bekerjasama menjayakannya, tidak kira apa status kita dalam Gengjurnal. Gath kali ini biarlah lebih baik daripada Gath'07 dan Gath'08.
+ Tarikh dan lokasi Gathering Geng Jurnal adalah seperti yang berikut :-
Gathering Geng Jurnal 2005
Tarikh : 1 Januari 2006 (010106).
Hari : Ahad.
Masa : 2 petang - 5 petang.
Lokasi : Dewan Serbaguna Presinct 8, Putrajaya.
Pakaian : Kemas & Casual. (Tidak dibenarkan: seluar pendek, t-shirt, selipar jepun).
Bayaran : RM 38 - dewasa. RM 15 - Kanak-kanak 7-15 tahun.
Diskaun buat mereka yang membayar awal!. Hanya RM35 sekiranya anda membayar sebelum 15 Disember. Harga normal RM38 dikenakan bagi yang membayar pada/selepas 16 Disember.
Bayaran hendaklah dibuat kepada:
Akaun: Maybank Berhad
No Akaun: 114348127378
Nama Akaun: Noor Hanida binti Shaari
Maklumat lanjut di : http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4207
Lagi..maklumat lanjut seperti peta lokasi, jumlah bayaran dan pendaftaran kehadiran sila ke laman web rasmi Gathering 2005 ++ http://www.jurnal.biz/gath2005/utama.php
+ Marilah gamatkan suasana bersama Geng Jurnal....
+ Sekian, terima kaseh.
beruang_garang November 24, 2005 02:39 AM PST mintak maaf la sebab nak bangkit cerita lama ni zukri ye? Bukan apa, kesian sangat saya baca tentang pandangan anda yang sempit itu. Mungkin bagi anda, itu dah cukup hebat, kerana membahaskan sesuatu yang cukup tinggi peringkatnya. MARI LIHAT PANDANGAN SAYA DARI CABANG-CABANG ILMU YANG LAIN.tapi ketahuilah, anda telah menggambarkan betapa sempitnya pemikiran anda.saya berminat dengan pandangan encik zukri aksah dlm artikel anda yang bertarikh 6 januari 2004.artikel yang anda lampirkan bersama graf management anda. tahukah anda,pengurusan produk adlah berbeza dengan realiti kehidupan? ALLAH ta'ala menjadikan manusia dan seluruh apa yang ada di alam ini, tidak statik. kerana itu, kalau anda rujuk dalam bidang sains, ada istilah 'PENGEKALAN KEMANDIRIAN SPESIS'.kesinambungan akan terus berlaku apabila lahir genarasi seterusnya.dan mesti kita ingat bahawa,setiap generasi yang lahir,bukan sekadar mengikut bahkan merubah dan menyesuaikan semula diri bagi kehidupan seterusnya.ini dipanggil, 'PENINGAKATAN TARAF DAN PENYESUAIAN EKOLOGI'. dari konteks politik, samalah juga, tiada istilah decline saudara.kerana jika dilihat pada graf anda,decline menunjukkan kadar jatuhan.sedangkan apa yang kita lihat,tunku telah meninggal.tapi UMNO masih berdiri dengan orang baru.saya faham, yang anda maksudkan, adalah mentaliti.tapi itu kite cerita bab lain.apa yang saya nak bagi di sini, ilmu management anda tak sesuai untuk dikaitkan dengan situasi politik.kerana ilmu management yang anda bawa,adalah ilmu yang terlalu banyak simpang siurnya.silap-silap terbelit diri.dan rasioanalnya tidak begitu ketara.malah banyak kelemahan dan perbezaan.mari saya bawa anda menjelajah pandangan politik dari segi ilmu visual graphic yang mudah serta ilmu-ilmu lain yang membuktikan batalnya istilah decline dari graf yang anda bawa dulu.nama ilmu pertama,VISUAL GRAPHIC.grafik yang berasaskan apa yang dilihat.dalam seni grafik, ada di sebut PERSPECTIVE. terdapat 3 jenis perspektif, 1 point, 2 point dan 3 point. walaupun banyak jenis tapi satu persamaan yang ketara adalah, HORIZONTAL LINEnya dan VANISHING POINTnya. sama dengan dunia sebenar.kita tak akan nampak apa yang ada melebehi garis HORIZON. tetapi, kita akan dapat lihat jika kita bergerak kehadapan.dan kita akan terus-menerus nampak jika kita terus menerus berjalan.apa kaitannya dengan politik, disinilah kita dpt lihat sistem politik yang dipertahankan UMNO sejak dulu,tidak ada istilah decline.snetiasa diperbaharui oleh orang baru.jika anda statik disuatu tempat dan pandang lurus kehadapan, adakah anda akan kata garis hujung penglihatan anda itu sebagai titik akhir? bagi orang yang 'TIDAK BERGERAK' memang dia akan kata begitu.tapi UMNO nampaknya terus bergerak.dan masih kekal dengan kekuatannya.persoalannya sekarang, bukan parti mana betul atau salah.tapi saya hendak mempertikaikan pandangan encik zukri.bagaimana pandangan management anda boleh dibawa ke sini?sebagai 'penyambung pejuangan (kononya), anda seharusnya memerhatikan dari semua aspek ilmu,bukan ilmu yang anda belajar semata-mata.kerana kita hidup berpandukan semua arah ilmu, tidak boleh melihat satu ilmu semata-mata.dalam BIOLOGI, terdapat istilah KESINAMBUNGAN EKOSISTEM (sekali lagi saya sebut) yang mana hidupan,saling memerlukan.sehingga terbentuknya sistem-sistem seperti, SIRATAN MAKANAN,CARBON CYCLE,OXYGEN CYCLE dan sebagainya.ini membuktikan bahawa,setiap yang berlaku di alam ini, berkait antara satu sama lain.sama seperti politik.kerana politik sifatnya seolah-olah bersifat seperti atom.secara saintifiknya FIZIK, atom menghasilkan tenaga yang berangkai.radiasi atom mempunyai 3 pancaran serentak, alpha, beta dan gamma.sinar alpha boleh di sekat dengan sekeping kertas, tetapi, beta dan gamma masih terus bergerak. dan setersnya sehingga gamma yang hanya boleh disekat dengan blok carbon.barulah kesemua sinar tenaga nuklear dapat dihentikan.mengapa pula saya bercakap tentang kimia? rantaian atom yang terpecah apabila berlaku pancaran adalah berangkai dan tidak akan berhenti selagi tidak disekat. ini juga satu tidak seperti pengurusan bisnes.dan yang penting di sini, sinarannya tidak bergerak satu jalur sahaja, tapi 3 yang mempunyai kekuatan yang berbeza, sama seperti startegi politik sekarang. tak lepas yang pertama, guna yang kedua dan seterusnya.dan ingin saya menyebut disini, satu bab dalam ilmu asa FIZIK yang menyebut, “TENAGA TIDAK BOLEH DIMUSNAHKAN TETAPI BOLEH DIUBAH”.pada pandangan saya, inilah realiti sebenar dunia politik UMNO. Tidak musnah tapi berubah.berubah dari segi apa? Dari segi siapa yang memimpin.Dari bidang KIMIA pula, politik UMNO adalah seperti susunan ion ringkas yang disusun membentuk sebatian ionik kompleks.contoh mudah sebatian ionik adalah AIR (H2O) yang terdiri dari ion-ion ringkas iaitu 2 ion HIDROGEN (H) dan 1 ion OKSIGEN (O).realitinya, UMNO membina satu struktur yang kuat dengan menyatukan banyak bidang baik agama, psikologi, teknologi dan sebagainya untuk memastikan kekuatannya (saya tidak mahu menyebut tentang kesalahan guna kuasa UMNO di sini).tapi apa yang kita dari barisan keADILan buat? Bercakap dan melontar pandangan dari satu ilmu dan menggambarkan kesempitan pemikiran kita? Membidas setiap perkara yang dibuat oleh mereka sekalipun perkara itu baik (saya tak mahu bincang muslihat mereka kerana yang kita nampak secara dasarnya perkara itu baik)? MEMANG SAYA SENGAJA MEMBAHASKAN BANYAK CABANG ILMU SUPAYA DI LAIN MASA, ANDA TIDAK MEMBERI PANDANGAN SEMPIT YANG HANYA BERPANDUKAN SATU CABANG ILMU SAHAJA.JIKA ANDA RASA ANDA BIJAK, DAN MELONTARKAN PANDANGAN YANG BERNAS, UKURLAH DULU, ADA ORANG YANG LEBIH BIJAK.JIKA ANDA RASA ADA ORANG LEBIH BIJAK DARI ANDA,INGAT, ALLAH LEBIH BIJAK DARI SEKELIAN MAKHLUK.
beruang_garang November 14, 2005 06:07 PM PST encik,
sungguh hebat dan lantang suare encik memberi komen... nampaknye, komen-komen yang saya lontarkan sebelum ini, seolah-olah tidak dipandang oleh encik yang 'budiman' ni... saya bukan nak pujian dari encik atas komen2 saye, tapi cume komen-komen yang saya beri dulu adalah sebagai peringatan dan sindiran untuk encik kite yang sorang nih.saya bukan tak kenal encik ni, kenal... siape yang tak kenal zukri aksah.. betul tak? tapi, selepas komen demi komen, sindiran-demi sindiran, nampaknya, seperti bercakap pada tunggul...biarlah kali ini, komen saya lebih berterus terang..adalah amat menyakitkan mata bila seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpegangan tangan dihujung minggu...TAPI... LEBIH MENYAKITKAN MATA, bila orang yang berpegangan tangan itu adalah yang menjulang tangan dengan laungan suara seorang pemimpin...apatah lagi pemimpin yang sudah di ketahui beragama ISLAM.. yang pada namanya tersebut 'BIN'...SUNGGUH MEMALUKAN PERBUATAN ITU ENCIK ZUKRI AKSAH... adakah ini ciri kepimpinan muda yang ingin di tonjolkan? malaysia muda? malaysia baru? cukuplah menghentam orang lain... CERMINLAH sahsiah sendiri...bukan MENCERAP KEBURUKKAN ORANG YANG BELUM TENTU BETUL..BAIKI YANG DEPAN MATA, BUKAN MEMBIDAS APA YANG HANYA DIJANGKA... biarlah kalimah 'BIN sipolan' yang ada dalam nama anda itu merujuk kepada bahasa arab yang bermaksud 'ANAK kepada sipolan', bukan 'BIN sipolan' yang ditujukan kpd bahasa inggeris yang bermaksud 'TONG SAMPAH kepada sipulan'...bergelar pemimpin bukan semata-mata kebijaksanaan.. sekalipun ijazah yang anda pegang sebesar batang kelapa sekalipun, tapi sahsiah lebih besar dari saluran pembentung buruknya, adalah lebih baik dibaiki diri sendiri..cukuplah sekadar berpesan-pesan dan beringat-ingat, bukan hentam menghentam..maafkan saya kalo anda rasa apa yang saya tulis ini menyakitkan hati anda..tapi ketahuilah, lebih baik hati anda sakit sebelum anda disoal dalam kubur kelak...ingatlah, pemimpin bukan hanya memimpin orang lain hingga terabai diri sendiri, tapi WAJIB mempin dirinya dan keluarganya sekali. mungkin bagi anda, perlakuan anda itu normal...tapi dalam ISLAM, TIDAK!!! kita sebagai lelaki sepatutnya lebih menyedari hal ini..berdua-duaan, berpegangan tangan, apa semua ini???? jangan sebut pasal KEADILAN kalau anda menzalimi diri anda sendiri.. apa itu ADIL???? berikan saya maksud 'adil yang sebenar.. apa lawan adil??? berikan saya maksed sebenar lawannya itu... saya tahu anda bijak, saya tahu anda pandai, tapi kalau hakikat adil, zalim, mungkar, anda belum fasih, mintak maaf, ANDA ADALAH SETARAF DENGAN PEMIMPIN YANG ANDA KUTUK MALAH LEBIH RENDAH DARJAT ANDA!!! LEBIH BAIK KUIH YANG TIDAK ADA INTI, MASIH BOLEH DIMAKAN, DARIPADA KUIH YANG PADAT BERINTI, TAPI BASI DAN LAYAK DIBUANG!!! baikilah diri sendiri, DALAM ISLAM, RASULULLAH MEMERINTAHKAN KITA, MEMIMPIN DIRI SENDIRI DAHULU, SEBELUM MEMIMPIN ORANG LAIN...SEBAIK-BAIK PEMIMPIN, ADALAH PEMIMPIN YANG MAMPU DIPIMPIN DAN MAMPU MEMIMPIN TERMASUK DIRINYA SENDIRI.. ADAKAH ANDA BEGITU???? TERPIMPINKAH ANDA DENGAN 'MEMIMPIN' TANGAN SEORANG WANITA BUKAN MUHRIM???? atau anda memang seorang PEMIMPIN yang telah DIPIMPIN SEJAK KECIL dengan perlakuan begitu dan sekarang mahu MEMIMPIN orang lain dengan cara yang sama??? ALLAH maha mengetahui apa yang saya katakan..bidas lah saya semahu hati anda, zukri... PAHIT LIDAH SAYA UNTUK MENYEBUT NAMA ANDA DENGAN SOPAN..PEDIH JARI SAYA UNTUK MENAIP NAMA ANDA DENGAN BAIK.KERANA ANDA SENDIRI YANG MENGHINAKAN DIRI ANDA PADA MATA SAYA... LA'ANTULLAH 'ALAIKA WA 'ALAIHA SELAGI ANDA TIDAK BERUBAH...INSYA-ALLAH...ILA LIQA'
RAHMAH November 11, 2005 12:11 PM PST ASSALAMUALAIKUM ENCIK..?
YANG AWAK NI BANGKANG BETUL USAHA KERAJAAN MEMBETULKAN APA YANG TIDAK BETUL SEBELUM INI KENAPA..?
SAYA INGIN TANYA...
APA PENDIRIAN AWAK SEBENARNYA...
AWAK NAK MEMPUNYAI KUASA...PERGI LAH BERTANDING JAWATAN YANG MEMBOLEHKAN AWAK MEMBETULKAN APA YANG TIDAK BETUL.
INI TIDAK..HANYA PANDAI MENGOMEN SAHAJA...
SEDARLAH SEMUA MANUSIA NI PERLU MENDAPAT SOKONGAN DAN DORONGAN UANTUK MENJADI LEBIH BAIK.
KITA NI SUDAH BERTUAH MENDAPAT PEMIMPIN YANG SEDAR UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN NEGARA UNTUK MENJADI LEBIH BAIK LAGI OK.
SAYA NI JAUH LEBIH MUDA DARIPADA AWAK..TAPI PANDAI JUGA BERFIKIR.
JANGAN ANGKUH...
SESEKALI PANDANG JUA KE BMI YANG NYATA.
Zukri can be contacted through his mobile phone number, 013-9513280
SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT PENDAFTARAN LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN, SECEPAT 7 HARI BEKERJA BOLEHLAH MENGHUBUNGI SDR ZUKRI MENGGUNAKAN NOMBOR DI ATAS, KOS HANYA RM800.00, TIADA LAGI BAYARAN-BAYARAN LAIN!!!