Wednesday, June 22, 2005


XGEN Technologies - Banner Exchange

Keperluan Revolusi Dalam Menegakkan Kerajaan Reformasi

Dalam komennya terhadap sikap malu-malu kerajaan negara-negara Asean dalam menangani isu pemerintahan junta tentera Myanmar dan pemimpin pro-demokrasi Aung San Suu Kyi, Saudara Anwar Ibrahim merakamkan kata-kata ini,
"Perubahan radikal mesti dilakukan untuk melakukan lonjakan demokrasi di Burma, dan campurtangan membina adalah langkah pertama ke arah ini."

Kata kunci di sini adalah "Perubahan Radikal" dan ini sebenarnya yang menarik saya untuk kembali menulis setelah sekian lama berehat. "Perubahan" tentulah seperti yang kita semua maklum adalah "Reformasi" dalam kata lainnya, sementara "Radikal" sangat berkait rapat dengan gerakan dan sekolah pemikiran "Revolusi."
Revolusi adalah destruksi dan rekonstruksi, memusnahkan dan membina semula, dalam konteks rakaman kata-kata Saudara Anwar itu, ia membawa maksud memusnahkan pemerintahan junta tentera di Myanmar dan membina semula Myanmar yang bebas dan demokrat, dengan campurtangan negara-negara Asean yang lain.

Soalnya, apakah ia hanya terpakai untuk Myanmar sahaja? Apakah perubahan radikal hanya perlu berlaku di Myanmar sahaja? Apakah Malaysia, negara yang kita sayangi ini mampu untuk terus ke depan dalam keadaan seperti sekarang ini? Apakah kita juga tidak memerlukan perubahan radikal? Hari ini, kebanyakan industri strategik negara (automotif, petroleum, juga pelancongan - Langkawi) dinaungi oleh hanya seorang manusia yang bernama Mahathir Mohammed, sedang dalam masa yang sama, negara kita dianugerahkan pula dengan seorang Perdana Menteri yang dalam banyak insiden kelihatan semacam "semabur" (ikut cakap orang Kelantan), termasuklah dalam kes lagu "Negaraku" baru-baru ini. Tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa perpindahan kuasa dari Mahathir Mohammed ke Abdullah Badawi telah membuka ruang yang luas ke arah pendemokrasian sistem kehakiman, undang-undang, media dan hak berpolitik rakyat terbanyak. Buktinya bila saya sendiri ditahan menggunakan Polis Cawangan Anti Narkotik, semata-mata kerana tiada instrumen undang-undang lain yang boleh mereka gunakan untuk memberhentikan saya dan rakain-rakan yang lain, yang begitu berani membaca puisi dalam kepungan pak polisi, atas nama demokrasi! Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa yang sangat jelas dan satu tindakan yang sangat berniat jahat.

Kita memerlukan revolusi. Masalahnya, bahan-bahan bacaan yang sampai ke pembacaan rakyat Malaysia selepas melalui saringan ketat Kementerian Dalam Negeri, seringkali menyogokkan "Revolusi" sebagai satu gerakan yang kental ikatannya dengan darah dan airmata, sehingga begitu menakutkan rakyat, hatta hanya untuk menyebutnya! Padahal Kerajaan Arab Saudi itu juga tertubuh dengan gerakan revolusi, entah darah siapa yang menitik, entah airmata siapa yang menitis, saya belum menjumpainya dalam teks sejarah dunia.

Revolusi di Malaysia, dalam maksud umumnya, adalah satu proses destruksi Kerajaan Umno dan Barisan Nasional, diikuti dengan proses rekonstruksi Malaysia menjadi sebuah negara yang adil, demokratik dan berorientasikan rakyat. Macam mana ini boleh berlaku?

Reformasi yang radikal a.k.a Revolusi sangat berkait rapat dengan gerakan massa. Amien Rais berkata bahawa tidak akan berjaya reformasi di Indonesia itu tanpa kebangkitan mahasiswa. Tetapi dalam konteks Malaysia, saya takut untuk mengharapkan sesuatu yang sebegitu. Mahasiswa di Malaysia saya boleh istilahkan sebagai penakut, pengecut, tiada kekuatan dalaman dan beku! Maaf jika saya melampau, tetapi hakikatnya polisi-polisi dan dasar-dasar berkaitan dengan kemahasiswaan dan pengajian tinggi di negara kita menjadikan mahasiswa kita begitu. Entah kesengajaan dari siapa sistem pengajian tinggi kita nampaknya sangat mengekang dan menyibukkan adik-adik mahasiswa kita, jumlah jam kredit yang melampau... akhirnya menjadikan mereka penghafal nombor satu, semata-mata untuk menjawab peperiksaan! Lari dari konsep asal universiti untuk membentuk manusia yang universal dan kreatif. Mahasiswa hari ini tidak lebih seperti burung tiung yang hanya pandai menuturkan apa yang diajar tuannya. Buktinya jelas, graduan IPTS lebih laku di pasaran kerja berbanding dengan graduan IPTA tempatan.

Maka saya melihat saranan Saudara Anwar Ibrahim dalam kes Myanmar sebagai pilihan kedua dalam proses destruksi Kerajaan Umno dan Barisan Nasional serta rekonstruksi Malaysia menjadi sebuah negara yang adil, demokratik dan berorientasikan rakyat. Kita boleh mempengaruhi IPU, kita boleh mempengaruhi, ICJ, kita boleh mempengaruhi Amnesty International, kita boleh mempengaruhi Ahli Kongres Amerika Syarikat, kenapa pula kita tidak boleh mempengaruhi sahabat-sahabat dalam ASEAN? Saya yakin cara ini boleh berjaya, menjana gerakan massa dari seluruh negara ASEAN untuk menuntut perubahan politik yang menyeluruh di Malaysia.

Mohd Zukri Aksah
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Dipos pada jam 05:43 pm oleh zukri-keadilan

Zukri Aksah
June 27, 2005   11:06 AM PDT
 
thanx for your comment bro!!! i'll take note, don't worry...
abdoul qadyr
June 24, 2005   04:08 PM PDT
 
Zukri syabas but not ILMIAH teks RADIKAL ekonomi bagaimana ? ungkapan RADIKAL dalam politik tak kesudahan brother saya bukan mempertidakan semagat saudara dalam memrtabakan isu demokrasi tetapi semasa era ANWAR apakah suara RADIKAL saudara pada masa beliau memrintah saya fikir lain kali apabila saudara menulis teks tak payahlah ungkit kisah DEMOKRASI MAHATHIR lagi saudara perlu ingat PROTON , PERODUA ,HICOM PERKASA ,SEPANG RALLY , MALAYSIA IN WORLD , INFLASI SIFAR ,ICT ,dan banyak lagi siapa yang sediakan terutama paling ketara isu MINYAK satu tahun berapa kali naik ? era MAHATHIR ada itu macam kah sudahlah ZUKRI kalau you nak maju dalam bidang penulisan politik terapkan isu politk global kritiklah peranan MALAYSIA dalam isu isu global janganlah nak cakap soal MAHATHIR masa dihadapan sentiasa bergerak OK A'KUM,,,,,,,,,
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


zukri-keadilan
January 5th
Male
Kuantan
Best Malaysian Sites
Zukri can be contacted through his mobile phone number, 013-9513280




SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT PENDAFTARAN LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN, SECEPAT 7 HARI BEKERJA BOLEHLAH MENGHUBUNGI SDR ZUKRI MENGGUNAKAN NOMBOR DI ATAS, KOS HANYA RM800.00, TIADA LAGI BAYARAN-BAYARAN LAIN!!!



Almeda College








Vote for our site!

[ Read / Sign my guestbook ]
Get a free Guestbook

   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

International Research Association - LIFA Exam Program

Citizens Against Corruption!

undi webblog



Check Your Google PageRank SEO

Compare Google Backlinks SEO

Penilaian Web Blog
Bagaimana anda menilai penulisan dalam web blog ini?
Punya wibawa
Sedikit wibawa
Biasa
Sedikit kurang wibawa
Kurang wibawa



video nostalgia gerakan reformasi 1998-1999 oleh www.terengganukini.net


reformsites...









G A L E R I A N W A R 9 9
































member's of

The Association of Young Journalists and Writers








Langgan bancuhkopi


Listed on Blogwise



Blog Directory & Search engine

Blog search directory




moon phases
 

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed