Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Umno pula bercadang menubuhkan sebuah universiti baru, setelah kelulusan penubuhan Universiti Darul Iman diperolehi dan juga wujudnya resolusi yang sama di Kelantan. Sebelum ini kita sudah melihat penubuhan UTAR, sebuah universiti milik MCA, dalam pada itu, MIC juga sedang membuat perancangan yang sama.
Asasnya, saya menyukai perkembangan fizikal pendidikan yang pesat sebegini, sekurang-kurangnya ia melambangkan komitmen dan kesungguhan pihak-pihak yang terlibat dalam memaju dan mempertinggikan martabat pendidikan negara. Tetapi atas faktor situasi, saya patut bertanya kembali, apakah ia perlu? Soalnya, bila kita berjaya menghilangkan kehausan dengan tiga gelas air, wajarkah kita meminum sehingga tujuh gelas air?
Lebih 18,000 lepasan ijazah pertama menganggur (setelah diperbetulkan), jangan lupa bahawa lebih 30,000 lepasan diploma juga menganggur (harap-harap Tok Pa tidak akan mengubah angka lagi). Saya bertemu dan berhadapan dengan banyak kes, lepasan universiti bekerja sebagai jurujual di jalanan, lepasan universiti bekerja sebagai pembantu kedai, dan sebagainya, sudah tentulah mereka ini tidak termasuk dalam angka 18,000 dan 30,000 itu tadi. Bukan niat untuk saya menghina pekerjaan-pekerjaan itu, tetapi amat malang, atas nama "survival" mereka korbankan keintelektualan mereka, walhal sesetengah daripada mereka memegang ijazah yg sangat khusus sifatnya, seperti sains kognitif. Di mana kerajaan?
Saya hargai apa yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia, dengan memperkenalkan semula Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM). Siswazah dilatih semula, kebanyakan bidang pilihan adalah dalam Teknologi Maklumat, dalam tempoh tiga hingga lima bulan, dan dibayar elaun sebanyak RM350.00 seorang, kurang RM150.00 berbanding Skim yang pertama dulu. Timbul persoalan lagi, apakah ini yang dicari dan dimahukan oleh siswazah-siswazah ini selepas mereka keluar dari institusi-institusi pengajian tinggi masing-masing? Apakah institusi-institusi pengajian tinggi yang ada di negara kita gagal dalam melahirkan siswazah-siswazah yang terlatih dan kreatif? Apakah latihan tiga hingga lima bulan dalam bidang Teknologi Maklumat ini mampu membentuk siswazah-siswazah yang menganggur ini kompeten dan boleh bersaing dengan siswazah-siswazah yang memang datang dari jurusan Teknologi Maklumat? Agak-agaknya ke mana mereka selepas ini...
Kalau mengikut teori utiliti, dalam konteks pembinaan universiti dan pasaran pekerjaan di negara kita ini, kita sebenarnya sudah terlebih. Seperti saya tulis di awal tadi, jika kita hanya memerlukan tiga gelas air untuk menghilangkan dahaga, kita sebenarnya sudah meminum tujuh gelas air, akhirnya apa akan berlaku? Kita akan muntah air, berlaku limpahan, berlaku lambakan. Dalam keadaan bilangan siswazah semakin bertambah, dan cuba ditambah lagi, pasaran pekerjaan kita tetap begitu juga, tidak berapa berkembang, bahkan kadang-kadang menyusut, apatah lagi kita dijangka akan berhadapan dengan kemelesetan ekonomi sekali lagi.
Kita tidak memerlukan sebuah lagi universiti baru. Kasihanilah adik-adik dan anak-anak kita, tiga-empat tahun mereka di kampus, kita lemparkan harapan yang macam-macam, tetapi bukan kita yang menanggung kesudahannya. Kalau kita punya sumber yang cukup untuk menubuhkan beberapa buah universiti, kenapa tidak kita alihkan sumber itu ke arah sesuatu yang lain, yang lebih membantu dan memberi manfaat kepada ribuan siswazah yang keluar setiap tahun. Binalah sebuah Pusat Pengupayaan Kendiri, supaya siswazah yang kita lahirkan lebih kreatif dan berani serta berketerampilan, dan kepada kumpulan siswazah yang minat dengan perniagaan, mereka boleh terus menghantar kertas cadangan mereka kepada pusat ini, tanpa banyak karenah birokrasi.
Cukuplah... jadilah bermain dengan retorik penubuhan universiti baru sebagai umpan pancing politik. Bunyinya memang menarik, dan cepat menggoda jiwa, terutama orang-orang kampung, yang perkiraan mereka biasanya cuma di atas papan-papan dam, di atas wakaf di simpang-simpang jalan. Di antara mereka ada anaknya bekas siswi universiti yang saban bulan hantar wang pulang, jumlahnya agak lumayan. Bangga dia bercerita pada rakan-rakan pemain dam, bahawa anaknya keluar universiti, kerja di kota gajinya besar. Padahal ada yang di kota itu sudah kecewa, terlalu banyak persaingan, terlalu sukar dan payah untuk menjaja "degree," akhirnya menjual diri, semata-mata mahu melampias keinginan dan cita-cita untuk hidup selesa, apalagi berhadapan dengan harapan orang kampung dan ibubapa.
Mohd Zukri Aksah
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia
akuPUNsama May 8, 2009 02:57 AM PDT -HENTI DULU WAT U n UTAMAKAN NASIB SISWAZAH MNGANGGUR!!!
-btul tue...gomen hnya sibuk wat duit poket sdri n bpura2 baik knon nk tmbbh U utk tutup mulut rkyat.
-siswazah nganggur ni amat tersisih.ditambah lg ngan birokrasi gomen.siswazah adalah "permata msyrakat" ttp sygnya dsisih.lbh baik nsb sorg penagih dadah atau lbh dknali sbg "sampah msyrakat".nsb glongan ni lbh tbela bbanding ngan siswazah nganggur.idup xyah kja,wat kja2 haram,kna tgkp,msuk pusat serenti,pmulihan apa smua.gomen sponsore.bole plak spent budget kt situ.tp siswazah 'yg tsisih' shigga nganggur ni, nsb lgsung xtbela.pdhal siswazah ni ada potensi msg2 n jnis mnusia yg bintelektual.tp sygnya,xda pihak yg hargai.xkn nk tggu siswazah btukar slera jd pnagih dadah kot.
-tindakan sgera diperlukan dgn menubuhkan satu badan,persatuan,pertubuhan atau apa2 ja la yg bfungsi utk pantau setiap siswazah slps tmat pengajian trutamanya lpasan ijazah pertama.
-peruntukan khas utk golongan siswazah nganggur ni MESTI diadakan utk bantu glongan ni trutama ke arah keusahawanan.
-bantu siswazah2 nganggur ni ngan kadar sgera.'sampah msyrkt' bole dsponsored xkn 'pmata msyrkt' xbole kot.agak2 r.
-lbh bgus klu siswazah nganggur ni kumpul duit dr dulu,xyah blajar tggi,ntah dh bole pkai duit tu wat bisnes.haha...
-sedarlah, siswazah adalah "PERMATA MSYRKT"...
zacky December 5, 2006 10:36 AM PST cari kerja............. cari kerja jangan memilih
ahmad September 21, 2005 05:13 PM PDT semuanya salah buat u salah tak buat u salah nanti kalo ko dah memerintah ko tutup la u tu baru la maju negara dan anak bangsa .. fuyooo heabat la ko ni berbicara kat mana ko blaja dulu ahhh
irsri June 23, 2005 07:47 AM PDT Kiter sekarang perlukan beberapa buah universiti untuk kebaikan bersama
dogol June 7, 2005 08:57 AM PDT skrang nak cakap susah tak cakap susah...B END nie tarak duit...jadi rompak duit rakyat untuk kpentingan kroni dan perut sendiri.
U di Msia dah ok, bayak dah..IPTS pun banyak jadi buek apo nak tambah lagi...banyak perkara lain boleh dimanfaatkan...jadi budak-budak sains kognitif tuh jadi RA kek U buek R & D in macam-macam area.
Msia sebuah negara yang kurang memikirkan tentang R&D. Apa yg B END nak ialah ad hoc sumua mesti cepat dan tersedia depan mata wpun benda tu tak siap dan tak baik dari segi operasinya. tengoklah apa yang berlaku sejak dulu..cthnya bagi kondom, jarum kek penagih dadah..ada akai ka?
Tengok negara luar dan U di luar R&D baik. Nie nak minta duit pong sakit ngan B END nie, dah tu ada hati nak tambah lagi U buek apo?
Poning memikirkan telatah B END yang bangang nie!!!!
Cth lain, Program Aero Angkasa..ada facilities ke? ada duit ke B END nak buek semuo tuh...Tak caya tengok U awam yang ada skrang nie...ada yg tak ada facilities...cuma dok pakai air liur mengajar student...dengan perkataan magic..imagine that you use this "...."..nak imagine apa student pong tak pernah pegang or use the 'things'...hehe..lama-kelamaan cam ne dioorang nak bersaing kalau tak ada apa-apa yang membantu mereka.
ikoko June 5, 2005 10:33 AM PDT I would like to invite u to http://weblogscenter.com
Where in there, you could share, or having any tutorial for blogging..
All types of blogs, blogger(Blogspot), blogdrive.. , wordpress.. , LiveJournal, TypePad, Movable Type, and other types of CMS BLOG
and others.
jiwakitamerdeka May 27, 2005 06:29 PM PDT Apa lagi yg Umno hendak? Cukuplah tu cukup. Siapa kroni dapat projek univ tu? Akan hasilkan pelajar yang tak boleh memimpin kerana di asuh takut dgn ketua.
Zukri can be contacted through his mobile phone number, 013-9513280
SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT PENDAFTARAN LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN, SECEPAT 7 HARI BEKERJA BOLEHLAH MENGHUBUNGI SDR ZUKRI MENGGUNAKAN NOMBOR DI ATAS, KOS HANYA RM800.00, TIADA LAGI BAYARAN-BAYARAN LAIN!!!